KUCHING, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini menghadiri Sambutan Hari Gawai Dayak Jabatan Premier Sarawak di Dewan Santapan, Dewan Undangan Negeri Sarawak tengahari ini tadi.
Majlis dimulakan dengan persembahan selamat datang yang penuh warna-warni dalam suasana Gawai Dayak. Sambutan Gawai Dayak adalah anjuran Jabatan Premier Sarawak (JPS).
Majlis kemudiannya dihiburkan dengan beberapa persembahan hiburan dan nyanyian.
Hadir sama, Timbalan-Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian; Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar; Menteri Di Jabatan Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai; barisan Kabinet Menteri, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki; barisan kabinet Timbalan Menteri Sarawak, Peguam Besar Sarawak, Dato Sri Saferi Ali; Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran), Datu Buckland Bangik; Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan), Dato Sri Dr Muhammad Abdullah Zaidel; ketua-ketua jabatan serta dif kenamaan lain.